
WhatsApp – Jenama Diterima Sangat Positif Di Malaysia
WhatsApp sekali lagi mendahului ranking keteguhan jenama tahunan YouGov BrandIndex di Malaysia. Dalam senarai yang menampilkan sebilangan besar jenama global, perkhidmatan pemesejan mengungguli kedudukan tertinggi untuk tahun kedua berturut-turut.
Ia mendahului yang lain iaitu Google yang berada di tempat ke-2, media sosial terkemuka Facebook di tempat ke-3 dan laman e-dagang Lazada di tempat ke-4. Maybank berada di tempat ke-5, berikutan dengan penstriman YouTube di tangga ke-6. Kedudukan seterusnya diiringi oleh Dettol (ke-7), Honda (ke-8), Toyota (k-9) dan McDonald’s (ke-10).

Senarai ranking ini adalah berdasarkan skor Indeks YouGov BrandIndex, yang mengukur keseluruhan keteguhan jenama. Skor ini mengambil kira persepsi pengguna terhadap kualiti, nilai, tanggapan, reputasi, kepuasan jenama secara keseluruhan dan sama ada pengguna akan mengesyorkan jenama tersebut kepada orang lain.

Sumber: BrandIndex

