
Istimewa Untuk Anda, Fitbit Blaze Dan Fitbit Alta Bersadur Emas!
Fitbit yang merupakan peneraju pasaran kesihatan dan kecergasan, pernah memperkenalkan Fitbit Alta untuk pasaran tempatan pada bulan Februari yang lalu. Kini Fitbit turut mengumumkan variasi istimewa untuk model Fitbit Alta dan juga Fitbit Blaze.
Siri Special Edition Gold membawakan peranti Fitbit yang disaluti lapisan emas 22 karat untuk memberikan rupa yang elegan dan mewah. Selain itu, band kulit dan nylon istimewa juga dilancarkan untuk Fitbit Blaze.
Blaze Special Edition Gold Series RM 1,100
Hadir dengan emas satin menyaluti rangka keluli tahan karat premium dengan rantai kecergasan tahan lasak. 
Alta Special Edition Gold Series (RM690)
Penjejak kecergasan serba mewah yang disaluti lapisan emas, hadir dengan pilihan band tahan lasak hitam dan merah jambu. Bagi mereka yang mahukan kelas tersendiri, terdapat juga pilihan gelang besi bersadur emas pada harga RM 550.

