
Semasa bercakap mengenai HUAWEI, semua orang pasti akan fikir tentang telefon bimbit, earphones TWS, jam tangan pintar atau komputer riba. Namun begitu, HUAWEI Malaysia baru-baru ini melancarkan model desktop yang pertama. MateStation S mewujudkan pengalaman bekerja yang lebih pintar, dapat memberi pengalaman yang lebih mudah, profesional dan cekap kepada pengguna. Seterusnya, admin akan reviu desktop ini bersama dengan korang!

Penampilan Yang Memenuhi Estetika
Desktop biasanya akan memberi tanggapan yang besar dan berat kepada orang ramai, tetapi MateStation S ini tukar stereotaip sebegini. Reka bentuk Mate Station S mengurangkan kegunaan ruang, dan menggunakan rekaan yang ringkas. Peranti ini lebih kurang macam fail keras. Ketinggiannya ialah 29cm dan lebarnya ialah 9cm, hanya satu pertiga daripada desktop yang tradisional.

Badan peranti ini menggunakan hitam matte. Bahagian atas peranti ini menggunakan suis kuasa, bicu fon kepala 3.5mm, USB 3.2 port Jenis-A dan port Jenis-C yang menyokong pengecasan pantas 9V2A; Bahagian belakang dilengkapi dengan antara muka input audio, HDMI, VGA , 2 USB-A (USB3.2 Gen1), 2 USB-A (USB2.0), RJ45 LAN dan serial port.
Skrin Penuh 23.8 inci Yang Berdefinisi Tinggi
MateStation S dilengkapi dengan skrin FullView HUAWEI AD80 yang menggunakan reka bentuk skrin penuh FHD IPS 23.8 inci dengan gamut warna NTSC 72%, dan bezel ultra-sempit tiga sisi 5.7 mm sehingga nisbah skrin mencapai 90% untuk menunjukkan gambar yang berkualiti tinggi.

Yang perlu disebutkan bahawa skrin ini telah disahkan oleh TÜV Rheinland, dan dapat mengurangkan cahaya biru dengan berkesan. Peranti ini sangat baik untuk korang yang ingin bekerja menggunakannya dalam jangka masa yang panjang. Lagipun, peranti ini dapat mengurangkan cahaya skrin ke mata supaya mata korang tidak akan begitu mudah rasa letih.
Papan Kekunci Berwayar Pertama Yang Menyokong Pengecaman Cap Jari
Dalam set lengkap peralatan MateStation S, papan kekunci dan tetikus juga akan dihadiahkan kepada pengguna yang membelinya. Papan kekunci ini menggunakan reka bentuk ultra tipis, dan papan kekunci yang cukup besar. Ukuran setiap kekunci adalah 16.05mm × 6.05mm, dan jaraknya ialah 2.5mm untuk memberi pengalaman menaip yang selesa dan tidak mudah mempunyai kesalahan. Peranti ini sangat sesuai untuk pengguna yang sering melakukan tugas penyuntingan.

Salah satu ciri terbesar papan kekunci ini ialah papan kekunci berwayar pertama di dunia yang menyokong pengecaman cap jari. Sudut kanan atas papan kekunci dilengkapi dengan butang pengecaman cap jari. Selain membolehkan pengguna unlock komputer dengan pantas untuk log masuk ke desktop, peranti ini akan melindungi privasi pengguna dan mencegah kebocoran data. Oleh itu, peranti ini lebih selamat untuk digunakan oleh pengguna.
Sudah tentu, pengguna juga boleh memilih untuk menggunakan pengecaman wajah Windows Hello, atau memasukkan kata laluan untuk membuka komputer.
HUAWEI Share & Kolaborasi Antara Peranti
MateStation S menyokong fungsi transmisi one tap HUAWEI Share melalui sambungan dengan papan kekunci. Sensor NFCnya dibina pada kekunci shift papan kekunci. Korang hanya perlu meletakkan telefon di atasnya untuk menggabungkan telefon dan komputer.

Pengguna juga dapat operasi telefon bimbit secara langsung di komputer, membalas aplikasi social, menghantar fail yang diperlukan secara langsung antara satu sama lain tanpa mengambil telefon bimbit. Pada masa yang sama, peranti ini dapat menyambungkan kabel data, meningkatkan kecekapan kerja serta menjimatkan masa.
Apabila pengguna menyambungkan telefon ke komputer, fungsi kolaborasi antara peranti dapat dicapai. Bukan sahaja kandungan telefon boleh dikendalikan secara langsung di komputer dan dapat dibahagikan terbanyak kepada 3 skrin. Contohnya, aplikasi social yang berkomunikasi dengan bos atau rakan sekerja dapat dibuka pada masa yang sama, Microsoft Word bagi draf, dan menyeret foto terus ke antara muka Word.
Konfigurasi Perkakasan & Sistem Penyejukan

Komputer yang biasanya digunakan dalam pejabat akan diadukan bahawa peranti itu mempunyai kelajuan yang perlahan atau menambahkan banyak masalah dalam kerja. MateStation S dilengkapi dengan pemproses AMD Ryzen 5 4600G dan kad grafik AMD Radeon yang dapat memberikan prestasi grafik yang lebih cepat, RAM 8GB DDR4 3200MHz dan SSD PCle 256GB, pengguna tidak perlu risau tentang memori tidak mencukupi, tetapi juga dapat memastikan komputer berjalan dengan lancar.
Bagi pengembangan, desktop ini mempunyai dua slot SO-DIMM dan dua slot M.2, serta memori 8GB hingga 16GB untuk korang pilih. Pengguna juga dapat meningkatkan memorinya setelah pembelian. Selain itu, MateStation S dilengkapi dengan WiFi antena ganda dan Bluetooth 5.0 yang dapat memberi kecepatan transmisi hingga 867mbps, dan kestabilannya lebih tinggi.
Yang perlu disebutkan bahawa MateStation S juga mempunyai sistem penyejukan pintar yang terbina dalam. Sistem penyejukan senyap yang cekap dan sistem kawalan suhu yang cerdas, kelajuan angin dapat diselaraskan secara automatik apabila suhu peranti berubah. Peranti ini dapat memberi prestasi yang lebih kuat, dan putaran kipasnya dapat diringankan sampai 22dB. Walaupun dihidupkan ke kelantangan maksimum, peranti ini hanya mempunyai 28 desibel, dan boleh menurunkan kelantangannya semasa melakukan operasi dalam kelajuan tinggi yang tidak akan mengganggu kerja pengguna dan penggunaan harian.
Apa Kata Editor!

Bagi pengguna yang menangani pelbagai tugas di pejabat, HUAWEI MateStation S memang pilihan yang baik kerana dekstop ini tidak menggunakan ruang yang besar. Yang ini membolehkan korang mempunyai lebih banyak ruang penggunaan di meja bersama dengan pemproses AMD Ryzen yang kuat. Korang tidak akan lagi diganggu oleh komputer yang lambat atau mesin yang lag semasa korang bekerja. Di samping itu, penggunaan skrin besar dan papan kekunci yang menyokong pengecaman cap jari dan HUAWEI Share dapat meningkatkan kecekapan kerja. Bukankah itu sangat baik?
Harga HUAWEI MateStation S ialah RM2488, dan pengguna boleh membeli skrin penuh AD80 23.8 inci yang bernilai RM688 secara berasingan; jika korang ingin membeli satu set peralatan yang lengkap, merangkumi papan kekunci dan tetikus, sekarang hanya berharga RM2999! Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati laman web rasmi untuk pertanyaan atau pembelian!