Moto Z Play, Rekaan Kaca Dengan Lensa Menonjol

play2Selepas beberapa desas desus mengenai peranti terbaru Lenovo, pada pameran IFA 2016 telah dipamerkan Moto Z Play. Peranti kelas pertengahan ini mengekalkan rekaan yang sama seperti Moto Z bagi membolehkan kesemua Moto Mods yang telah diperkenalkan boleh digunakan pada peranti ini.

play4Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi paparan skrin berukura 5.5 inci dengan teknologi Super AMOLED beresolusi 1920 x 1080 piksel. Selain dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 625, Moto Z Play turut dioperaskan dengan Android 6.0.1 Marshmallow.

Kemampuan penggambaran masih memuaskan walaupun hadir dalam kelas pertengahan, di mana ia menyokong kamera utama 16 Megapixel dengan PDAF serta kamera hadapan beresolusi 5 Megapixel dengan LED flash. Bateri berkapasiti 3510mAh turut menyokong pengecasan pantas, di mana pengguna boleh menggunakan bateri selama 9 jam dengan hanya 15 minit masa mengecas. Ia sekali gus dapat menjimatkan masa mengecas.

play3Tidak seperti Moto Z, port audio 3.5mm Moto Z Play terletak di bahagian bawah peranti bersama sebuah port pengecasan USB Type-C. Panel belakang yang diperbuat daripada kaca kelihatan agak premium dan hadir dengan sokongan pengimbas cap jari. Moto Z Play akan dijual dengan harga € 499 (kira-kira RM 2,271).

DAFTAR MINAT

You might also like