OPPO F1s kini boleh didapati dari Celcom Malaysia pada harga RM598, hanya apabila anda mendaftar dengan pakej FIRST Gold Plus, bermula dari sekarang sehingga 31 Disember 2016.
Peminat OPPO kini boleh memiliki F1s melalui kontrak 24 bulan pada kadar RM98 / bulan. Pelanggan FIRST Gold Plus hanya perlu membayar bayaran pendahuluan (RM200) dan boleh mendapatkan rebat segera dengan nilai penuh deposit pendahuluan pada bulan pertama. Pengguna juga akan dapat menikmati Internet 20GB, panggilan tanpa had ke SEMUA rangkaian, penggunaan tanpa had bagi Whatsapp dan Wechat, serta akses tanpa had ke Yonder muzik.
Apa yang lebih baik, pelanggan boleh terus menikmati penstriman dengan hanya menambah RM10 tambahan untuk pelan bulanan untuk menikmati sebanyak 40GB data Internet pada hari biasa dan hujung minggu (untuk pengguna FIRST Gold Plus sahaja).
OPPO F1s adalah smartphone pakar selfie dengan kamera hadapan 16 megapiksel bersama aplikasi Beauty 4.0 yang meningkatkan kualiti selfie pengguna. Selain daripada itu, F1s juga mempunyai teknologi baru, yang merupakan Hi-Light Camera yang membolehkan pengguna untuk mengambil selfie menakjubkan walaupun dalam keadaaan cahaya terhad.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan pakej FIRST Gold Plus dan mendapatkan OPPO F1s, anda bolehlah kunjungi mana-mana Blue Cube atau pusat Celcom di seluruh negara.
Promosi sah sehingga 31 Disember 2016