
Bermula sekarang sehingga 29 November, anda boleh membeli permainan PlayStation pada harga yang rendah dari biasa sempena jualan Black Friday yang sedang berlangsung.
Pelbagai judul permainan hebat ditawarkan pada harga diskaun oleh PlayStation, seperti Call Of Duty, Battlefield, FIFA 17, Uncharted 4 dan lain-lain. Kebanyakan judul ini ditawarkan pada potongan harga melebihi RM 100 dan ini adalah masa yang tepat dan berbaloi untuk anda melaburkan wang mendapatkan permainan ini.
Anda boleh semak senarai judul permainan dan harga di laman web Playstation.

