Ada Kemungkinan Pokemon Go Akan Menyokong Peranti Windows Phone

pic 1Pokemon Go bukan sahaja menjadi satu fenomena baru di seluruh dunia, tetapi sambutan permainan popular ini sebenarnya turut dirasai di negara-negara yang masih belum menerimanya secara rasmi.

Kegilaan Pokemon Go nampaknya bukan hanya boleh dinikmati pada peranti iOS dan juga Android, tetapi terdapat kemungkinan untuk turut diperkenalkan pada peranti yang dioperasikan oleh platform Windows Phone yang sebelum ini sering diabaikan oleh kebanyakan pembangun aplikasi.

pic 3Pendedahan berita ini telah disahkan sendiri oleh Microsoft Portugal melalui laman sosial Facebook rasminya baru-baru ini, di mana pasukan Microsoft Portugal telah memaklumkan bahawa aplikasi Pokemon Go akan tersedia di Windows Phone Store tidak lama lagi selepas ditanya oleh pemilik peranti Windows Phone bernama Rafael.

Sungguhpun begitu, satu lagi kenyataan baru telah dikeluarkan oleh pasukan Microsoft Portugal yang memaklumkan kenyataan sebelum ini adalah tidak disengajakan dan menyatakan bahawa Microsoft sebenarnya masih lagi dalam pertimbangan sama ada akan memperkenalkan Pokemon Go untuk peranti yang dioperasikan oleh Windows Phone ataupun tidak.

You might also like