Hati-Hati Dengan Video Ini! Khas Buat Pemilik Peranti iOS

1Perhatian kepada pemilik peranti dengan sistem operasi iOS, sekarang ini terdapat satu pautan ke video yang disebarkan secara meluas. Sila berhati-hati jika anda menerima pautan ini https://www.iphones.ru/wp-content/uploads/2016/11/IMG_0942.mp4.

Pautan ke video berdurasi 5 saat ini nampak seperti video biasa yang tidak mendatangkan sebarang masalah. Malah selepas video habis dimainkan, anda tidak akan perasan apa-apa yang terjadi kepada peranti anda. Namun selepas beberapa saat, peranti anda akan berhenti berfungsi dan tidak akan memberikan respon kepada anda walaupun anda cuba menekan butang kuasa dan memadamkan peranti. Masalah ini hanya boleh diatasi dengan melakukan hard reset sahaja.

2Pautan video ini tidak memberikan sebarang masalah kepada peranti Android, Windows dan lain-lain. Apple sehingga kini masih belum melakukan sebarang patching kepada masalah ini.

You might also like