Hari Pertama Penjualan OPPO F5 Lebih Hangat Dengan Eric Chou

Pada awal bulan ini, OPPO F5 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Ia adalah sebuah telefon pintar terbaru oleh OPPO yang menampilkan rekaan serba baharu dengan teknologi kamera selfie yang canggih.

Eric Chou disamping Ketua OPPO Malaysia dan wakil Celcom

Orang ramai dilihat berpusu-pusu membanjiri ruang legar untuk melihat dengan lebih dekat penyanyi popular ini dalam masa yang sama mengambil kesempatan membeli OPPO F5. Dikatakan, 50 pelanggan yang terawal membuat pembelian menerima tandatangan serta berpeluang berswafoto bersama Eric Chou.

Pelanggan sedang bermain Arena of Valor

OPPO juga turut mengumumkan bahawa mereka kini sedang bekerjasama dengan Arena of Valor iaitu sebuah permainan mudah alih dalam tujuan pemasaran.

OPPO F5 adalah sebuah peranti yang memiliki paparan hampir penuh 18:9 bersaiz 6 inci. Skrin FHD+ ini bukan sahaja cantik untuk dilihat malahan, ciri Facial Unlock turut disediakan untuk mengakses peranti tanpa pengesahan cap jari.

Dua gadis sedang mencuba telefon baharu mereka

Bagi yang gemarkan swafoto, kamera depan OPPO F5 kini lebih pintar dengan adanya ciri terbaru AI Beauty. Ia akan memastikan gambar rakaman lebih natural walaupun berada dalam persekitaran yang gelap.

Salah seorang pembeli menerima tandatangan dari Eric Chou

OPPO F5 kini boleh didapati di kedai-kedai sah OPPO atau gedung beli-belah atas talian Lazada, Shopee, dan 11street pada harga RM1,289. Manakala Celcom dan SenHeng pula menawarkan pelan bayaran ansuran.

You might also like