Liga Profesional Mobile Legends Malaysia, Singapura Tawar Hadiah Lebih RM418,000

Jika anda seorang yang mahir dalam permainan Mobile Legends, eGG Network dan Moonton Present menganjurkam satu pertandingan perlawanan liga profesional Mobile Legends: Bang Bang tidak lama lagi.

Pertandingan ini terbuka kepada pemain-pemain di Malaysia dan Singapura yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai USD100,000 iaitu kira-kira RM418,900 selepas tukaran wang semasa.

Ini merupakan liga yang pertama kali dianjurkan di kedua-dua buah negara dimana juara akan membawa pulang hadiah utama USD20,000 (RM83,780). Lapan pasukan terakhir akan berentap selama 3 hari pada Mac tahun hadapan.

Di samping itu, pihak penganjur juga akan membawakan siaran langsung perlawanan terpilih kepada peminat-peminat Mobile Legends di luar sana.

Pendaftaran dibuka hari ini 14 November 2017 di laman sesawang MPL.

You might also like