Anjuran Honor X eRing! Mendapat Sambutan Memberansangkan!

Pada 11 November yang lalu, honor Malaysia dan eRing bekerjasama mengadakan satu perjumpaan bersama peminat. Acara yang diadakan di Komune, Bangsar South, Kuala Lumpur ini telah dihadiri peserta, pihak teratas honor, dan kakitangan eRing sendiri.

Seramai 50 peserta telah mendaftarkan diri seawal jam 10.30 pagi, mereka juga dikehendaki mengambil swafoto di bunting untuk melayakkan diri mengambil bahagian. Peserta terdiri daripada pelbagai peringkat umur termasuklah warga emas lelaki dan wanita.

George Zhao, Ketua honor Malaysia memberi ucapan kepada peserta yang hadir

Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan dan setiap salah seorang anggota kumpulan perlu bermain permainan Uba:Rocket Time pada telefon pintar honor 8 pro. Selesai bermain, setiap kumpulan diwajibkan mengambil foto wefie bagi melengkapkan syarat pertandingan.

Hadiah utama honor 8 Pro, hadiah kedua honor band ss, dan hadiah ketiga honor powerbank

Selepas beberapa minit meneliti keputusan, kumpulan 7 telah dinobatkan sebagai juara dan setiap ahli membawa pulang hadiah merupakan seunit honor band ss serta baucar. Manakala, kumpulan yang berada di kedudukan seterusnya menerima hadiah cenderahati istimewa daripada honor.

Peserta yang hadir mengambil bahagian
Kumpulan yang selesai bermain permainan mudah alih
Setiap kumpulan mendapat hadiah saguhati daripada honor Malaysia
Kumpulan juara membawa pulang honor band ss

Dalam kesempatan ini, pihak Ering ingin berterima kasih kepada honor Malaysia kerana menaja malah ribuan terima kasih kepada peminat yang sanggup meluangkan masa bersama.

Team Ering dengan MVP, Putra Khairi bersama honor 8 Pro yang dimenangi
Acara penutup pula berakhir di sebuah restoran di Nexus Bangsar, peserta dijamu makanan dan minuman dalam masa sama beramah mesra antara satu sama lain.

Kepada anda yang tidak berpeluang, jangan risau kerana Ering mungkin akan mengadakan acara menarik sebegini di masa akan datang. Jadi, kekal bersama kami!

Terima kasih atas kerjasama Honor Malaysia & NightMorning

You might also like