Ura-Ura : Samsung Galaxy S8 Mungkin Menjadi Smartphone Pertama Dilengkapi Cip Pemproses Terbaru, Qualcomm Snapdragon 835

1Tidak lama lagi Qualcomm akan memperkenalkan cip pemproses flagship terbaru mereka, satu imej spesifikasi telah pun berlegar di ruang Internet dan berdasarkan imej tersebut terdapat satu informasi menarik yang menyatakan bahawa cip tersebut bakal dipasang pada Samsung Galaxy S8 yang dijangka akan dilancarkan sekitar tahun hadapan.

Peranti flagship Samsung tahun ini, Galaxy S7 dilengkapi cip pemproses Snapdragon 820 dengan beberapa kawasan menerima unit Galaxy S7 dengan cip Exynos 8890. Informasi bocor Snapdragon 835 menunjukkan bahawa kita bakal melihat cip dengan Octa-core Kryo 200 CPU, Adreno 540 GPU, LPDDR4X RAM dan UFS 2.1, semuanya dibina menggunakan teknologi 10nm FinFET Samsung.

Walaupun berita ini sedang hangat diperkatakan, Samsung dan Qualcomm masih berdiam diri dari memberikan sebarang pengesahan berkenaan khabar ini. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat.

You might also like