
Tagline #nokelentong digunakan Celcom untuk meyakinkan korang semua bahawa pakej pra-bayar Xpax terbaru Celcom tidak mempunyai muslihat mahupun terma terlindung.
Menurut Celcom, mereka telah pun menjalankan kajian dan mengutip respon pengguna pra-bayar dan mereka mendapati ramai dari pengguna sedia ada pra-bayar di negara ini tidak gemarkan sistem pecahan data Internet yang dibahagikan kepada data mingguan, streaming muzik, video, Facebook, WeChat, WhatsApp dan sebagainya. Respon dari majoriti mengatakan bahawa mereka mahukan satu pakej Internet di mana mereka boleh menggunakan data mereka pada bila-bila masa.
Jadi Celcom memperkenalkan Xpax versi terbaru yang tak kelentong punya. Secara asas untuk menikmati pakej terbaru ini anda perlulah mempunyai akaun yang aktif, setiap akaun yang aktif akan menerima 10GB Basic Internet pada kelajuan 64kb/s dikhaskan untuk penggunaan aplikasi sembang sosial seperti WhatsApp dan 10GB Data Facebook tanpa had kelajuan.
Bagi data Internet berkelajuan tinggi pula, korang boleh membeli salah satu dari 4 pilihan yang disediakan:-
| RM 3 | RM 10 | RM 30 | RM 50 | |
| Tempoh sah | 24 jam | 7 hari | 30 hari | 30 hari |
| Kuota data | 1GB | 2GB | 5GB | 10GB |
| Lain-lain | Akses tanpa had Yonder Music | |||
Celcom juga menambah baik pek Add-On dengan menawarkan pek Unlimited Calls, Late Night Quota dan YouTube. Apa yang lagi best adalah pek Add-On ini juga boleh dinikmati pengguna sedia ada pra-bayar Xpax yang masih menggunakan pakej lama, senang cerita ia terbuka kepada semua pengguna Xpax.
| RM 1 | RM 7 |
|
| Tempoh Sah Pakej | 24 Jam | 7 Hari |
| Unlimited Calls | kepada 1 nombor | kepada 10 nombor |
| ATAU | ||
| Late Night Internet (1 pagi sehingga 7 pagi) | 1GB | 10GB |
| ATAU | ||
| YouTube | 1GB | 10GB |
Anda boleh dapatkan pek permulaan Xpax terbaru in pada harga RM 10. Sebaik sahaja nombor diaktifkan, anda akan menikmati kredit RM 6, 200MB data Internet pantas, 10GB Basic Internet dan 10GB data Facebook. #nokelentong punya!

