Gboard Sudah Boleh Dimuat Turun Pengguna Di Malaysia

1Beberapa hari lalu kami ada kongsikan berita pelancaran aplikasi Gboard untuk peranti Android dari Google, semasa artike tersebut dimuat naik, pengguna di Malaysia belum boleh mendapatkan lagi papan kekunci dengan butang carian terbina di dalam itu.

Kini, ia secara rasmi sudah muncul di Play Store kawasan Malaysia dan anda sudah boleh memuat turunnya. Bagi mereka yang menutup fungsi Auto-Update, sila kemas kini aplikasi Google Keyboard anda secara manual, setelah dikemas kini aplikasi Google Keyboard akan dikenali sebagai Gboard.

You might also like