Facebook Mencuba Fungsi Panggilan Suara Berkumpulan

1Beberapa pengguna melaporkan mereka melihat fungsi panggilan suara berkumpulan Facebook Messenger pada komputer mereka. Menurut beberapa laporan, hanya sebilangan kecil pengguna sahaja menerima akses fumgsi berkenaan dalam fasa percubaan fungsi tersebut.

Sekiranya anda ingin tahu sama ada anda terpilih di kalangan pengguna bertuah dengan fungsi ini, sila buka mana-mana chat berkumpulan yang anda ada, sekiranya terdapat ikon telefon di bahagian atas kanan kotak chat tersebut, ini bermakna anda boleh mencuba fungsi panggilan berkumpulan dengan serta merta.

You might also like