
Sebuah lagi telefon pintar pada harga dibawah RM1,000 ditawarkan oleh vivo untuk tempoh terhad. Pada harga RM999, orang ramai boleh mendapatkan vivo Y85 dengan ciri-ciri sebuah telefon pintar kelas pertengahan dengan paparan skrin bertakuk.

Vivo Y85 dilengkapi skrin 6.22-inci HD+ (1520 x 720p) dalam nisbah 19:9 dengan padanan panel gelas di bahagian belakang. Ia dikuasakan cip pemproses lapan-teras diikuti memori RAM 4GB dan storan sebesar 32GB. Dikatakan, peranti ini tiada masalah untuk bermain game disamping kelancaran dalam perisian atas bantuan sistem operasi Android 8.1 Oreo dan antaramuka FunTouch OS 4.0.
Sudut penggambaran pula, peranti ini menyediakan sistem dwi kamera 13MP dan 2MP dengan penawaran mod potret untuk mengambil gambar berlatang belakang kabur. Kamera depan pula diberi laluan kepada sensor 8 Megapiksel yang menyokong ciri AI Face Beauty dan pengecaman wajah, Face Access.

Untuk melengkapkan perkakasan dalaman, vivo Y85 dibekalkan bateri berkapasiti 3,260mAh, sambungan microUSB dan OTG. Kemasan luaran, peranti ini dikeluarkan dengan pilihan warna merah dan hitam.
Vivo Y85 boleh dibeli secara eksklusif di kedai rasmi atas talian 11street bermula 1 Jun (hari ini) hingga 3 Jun 2018. Selain itu, pelanggan juga akan diberikan jaminan skrin retak selama satu (1) tahun dan kad memori 32GB.

