
Membuka jalan untuk teknologi inovatif, OPPO baru-baru ini menerima kelulusan rasmi pensijilan pematuhan pelaksanaan teknologi 5G daripada SIRIM QAS International bagi melancarkan peranti baharu dengan sokongan rangkaian 5G.
So nampaknya, korang semua dah boleh bersedia untuk melihat teknologi baharu yang bakal dipersembahkan oleh OPPO sebagai usaha untuk mendorong masyarakat lebih ke hadapan sekaligus meningkatkan taraf hidup.
OPPO kini bekerja keras meningkatkan prestasi dalam usaha menyediakan teknologi terkini dengan rangkaian wayarles 5G. Pengendali OPPO dalam teknologi baru tanpa wayar mudah alih yang canggih ini mewujudkan peluang yang tidak dapat dielakkan.
Melalui pengiktirafan ini, ia akan menjadi tanda permulaan yang penting bagi OPPO dalam industri ini. Sekaligus menjadikan OPPO peneraju dalam mengukuhkan teknologi lagi pertumbuhan yang mampan dalam membangunkan infrastruktur 5G.
Artikel berkaitan :