

Kemas kini rangkaian 5G menjadi topik hangat yang dibincangkan oleh ramai pihak seluruh dunia. 5G membawakan penambahbaikan dari segi kelajuan – menjadi pelan jangka masa panjang dalam kemajuan teknologi negara.
OPPO menjadi salah satu peranti pintar pertama mempamerkan keupayaan 5G ketika majlis pelancaran 5G Live Cluster Field Trial yang diadakan oleh Celcom Malaysia, baru-baru ini. OPPO Reno 10X Zoom dilihat memperoleh kelajuan muat turun mencapai 1.2Gbps – mempamerkan pretasi 5G yang sangat baik. Perkara ini sekaligus membuktikan bahawa OPPO telah menjadi perintis dalam era 5G di Malaysia.




