
Pasangan selebriti tanah air terkenal, Akim dan Stacy (KimCy) hadir dengan sebuah video mini-siri dalam talian menerusi kempen #LebihErat. Tahun ini merupakan sambutan syawal pertama buat mereka sebagai suami isteri. Oleh itu, Digi dan Astro telah berganding bahu untuk berkongsi pertembungan antara dua budaya dengan seluruh rakyat Malaysia.
Sebanyak 5 episod yang telah dirakamkan di dalam video mini-siri, “Lebaran Akim & Stacy”. Dua episod pertama akan ditayangkan di portal hiburan Astro iaitu Gempak, manakala tiga episod lagi akan ditayangkan melalui aplikasi Capture.
Capture boleh dimuat turun secara percuma di iOS dan ANDROID serta boleh digunakan oleh pelanggan Digi ataupun bukan. Sebagai bonus, KimCy sedang merakamkan sebuah lagu raya untuk membangkitkan semangat Hari Raya tahun ini dan akan diterbitkan tidak lama lagi.
Untuk sambutan raya lebih hangat, Digi tidak ketinggalan menyumbang dua pakej data khas sempena Ramadan. Pakej pertama adalah data mingguan sebanyak 1.2GB yang bernilai RM9, serta pakej kedua adalah data bulanan sebanyak 3GB yang bernilai RM35.
Pengguna juga akan menerima perkhidmatan penstriman tanpa had untuk beberapa perkhidmatan muzik dalam talian seperti Sportify. Untuk maklumat lanjut mengenai pakej ini, anda boleh layari laman promosinya
Video mini-siri ‘KimCy’ telah bermula pada 8 Jun yang lepas dan peminat boleh menyaksikan episod baru pada setiap hari Rabu. Peminat juga boleh bersosial dengan peminat yang lain menggunakan hashtag #LebihErat.