
Filmmaker Pro
Anda mungkin seorang kaki selfie, tetapi sering menggunakan kamera iPhone anda untuk merakam video. Rakaman video tanpa sebarang efek adakalanya agak membosankan jadi apa kata anda mencuba aplikasi terbaru Filmmaker Pro boleh dimuat turun secara percuma. Walaupun percuma, aplikasi ini menawarkan fungsi penuh bagi membolehkan anda menyunting dan merakam video seperti seorang profesional dengan pelbagai efek tambahan seperti peralihan, filter, selitan lagu, voiceover, kemasukan teks dan bermacam lagi.
Apa yang lebih menariknya, pemilik iPhone model 6s, 6s Plus, SE dan juga iPad Pro yang menyokong rakaman video 4K ini juga berupaya mengekalkan kualiti video 4K tersebut dengan bantuan aplikasi ini.
Muat Turun
- RM 0
- 24.2 MB
- iOS 9.0 dan ke atas