Nokia 2 Berharga RM429 – Peranti Dengan Bateri Tahan Sehingga 2 Hari

Pada November tahun lepas, HMD global telah melancarkan peranti kelas permulaan mereka iaitu Nokia 2. Hari ini, ia telah dibawa ke pasaran Malaysia dengan menampilkan bateri berkapasiti besar. Menurut HMD, peranti ini mampu memberikan penggunaan bateri sehingga 2 hari dengan sekali pengecasan.

Agak kecil jumlah peranti di pasaran yang membekalkan bateri yang besar, dengan Nokia 2 ia menyediakan bateri berkapasiti 4,100mAh malah, dipadankan bersama rekaan badan yang ergonomik serta warna dua tona yang menarik.

Nokia 2 digabungkan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon. Paparan menyediakan skrin bersaiz 5-inci LCD HD dengan sistem operasi Android Nougat – disahkan menerima Android 8.0 Oreo tidak lama lagi.

Pada jabatan kamera, ia menempatkan sebuah lensa 8 Megapiksel pada panel belakang manakala 5 Megapiksel untuk kamera swafoto. Jika jumlah gambar melebihi kapasiti memori yang disediakan, pengguna boleh menambah kad microSD.

Nokia 2 terdapat dalam pilihan warna Pewter/White, Pewter/Black, dan Cooper/Black dengan harga RM429 seunit. Nokia 2 boleh didapati di kebanyakan penjual sah seluruh Malaysia.

  • Rangkaian:
    • GSM: 850/900/1800/1900
    • WCDMA: 1, 2, 5, 8
    • LTE: 1, 3, 5, 7, 8, 20, 28, 38, 40
    • LTE Cat. 4, 150Mbps DL/50Mbps UL, VoLTE, Video Calling, VoWiFi
  • CPU : Qualcomm® Snapdragon™ Mobile Platform
  • OS: Android Nougat
  • RAM : 1GB DDR3
  • Storan : 8GB e-MMC (kad microSD sehingga 128GB)
  • Paparan : 5.0” HD 1280 x 720 LTPS LCD, In-Cell Touch, Corning® Gorilla® Glass 3
  • Kamera :
    • Utama : 8MP auto focus dengan LED flash
    • Depan : 5MP fixed focus
  • Sambungan : 802.11 b/g/n, BT 4.1, GPS/AGPS/GLONASS/Beidou, FM/(RDS)
  • Sensor : sensor lampu ambien, sensor proximity, sensor accelerometer (G-sensor), E-compass
  • Bateri : 4100 mAh
  • Slot SIM : 2 Nano-SIM + 1 uSD slot (dwi SIM)
  • Input/output: microUSB (USB 2.0), bicu audio 3.5mm
  • Dimensi : 143.5 x 71.3 x 9.30 mm
You might also like