Huawei Nova 2i Akan Terima Kemas Kini Kamera Tidak Lama Lagi

Berikutan Huawei Nova 2i menjadi antara telefon pintar paling popular di Malaysia, Huawei hari ini mengumumkan mereka akan menawarkan kemas kini terbaru kepada semua pengguna Nova 2i di seluruh Malaysia. Jika sebelum ini kemas kini dilakukan pada bahagian sistem keselamatan dan ciri AR, kali ini ia dilakukan pada bahagian penggambaran.

Ciri tambahan yang akan dibekalkan kepada pengguna ialah HD dwi kamera khusus bagi menghasilkan gambar yang lebih berkualiti. Selain itu, lampu LED flash pula akan mengesan cahaya pada subjek mengikut persekitaran disamping, melaras tahap keterangan untuk gambar swafoto lebih menyerlah. Ia sekaligus dapat memberikan pengguna pengalaman fotografi lebih baik dan lebih pintar.

Pengguna mungkin akan menerima kemas kini ini dalam beberapa minggu akan datang. Bagaimanapun, usah risau, apa-apa info terkini berkenaan Huawei Nova 2i kami akan kongsikan bersama.

You might also like