Samsung Perkenal Generasi Kedua Android Go – Galaxy J4 Core

659

Sebelum ini, Samsung pernah memperkenalkan kemunculan telefon pintar Android Go pertama keluaran mereka iaitu Samsung Galaxy J2 Core pada bulan Ogos lalu.

Berikutan kejayaan itu, Samsung kali ini secara rasminya telah memperkenalkan generasi kedua telefon pintar Android Go mereka yang dikenali sebagai Galaxy J4 Core. ‘Nafas baru’ turut diberikan pada model kali ini di samping didatangkan dengan pelbagai spesifikasi premium kepada para pengguna.

Galaxy J4 Core didatangkan dengan paparan skrin LCD bersaiz 6 inci HD+ dengan resolusi 1480×720 piksel. Ia dijana menggunakan cip pemproses Exynos 7570 di bawah memori sebesar 1GB dan 16GB storan dalaman yang boleh diperluaskan sehingga 512GB dengan penggunaan kad microSD.

Dari segi penggambaran, model ini dilengkapi lensa utama sebesar 8MP dengan aparture f2.2 bersama-sama kamera swafoto 5MP dengan bukaan yang sama. Melengkapinya juga adalah sebuah bateri sebesar 3,300 mAh di samping dijana menggunakan Android asli berasaskan Android 8.1 Oreo.

[SUMBER]