
CES 2018 : Lenovo Lancarkan Tiga Model Siri ThinkPad X1
Secara umumnya Lenovo yang digelar ‘otai’ dalam menghasilkan barangan komputer pada kali ini mengumumkan sejumlah produk terbaru. Antara yang diperkenalkan pada CES 2018 ini ialah siri ThinkPad X1. Ia adalah komputer riba yang direka elegan khusus untuk golongan profesional yang mahukan pengalaman komputer yang lebih menyeluruh. Antara yang diperkenalkan ialah ThinkPad X1 Carbon, ThinkPad X1 Yoga, ThinkPad X1 Tablet, dan satu monitor ThinkVision X1.
ThinkPad X1 Carbon Dan Think Pad X1 Yoga

Komputer riba ini adalah yang Pertama Di Dunia menyokong Dolby Vision HDR dan mampu memberikan keterangan skrin sehingga 500 nits. Sokongan komunikasi mikrofon pula menggunakan teknologi 360º Far-field bersama ciri Amazon Alexa. Kamera depan ThinkShutter dikatakan boleh ditutup melalui selak kecil yang disediakan malahan integrasi kamera IR mengukuhkan lagi sistem keselamatan komputer.

X1 Carbon merupakan komputer riba paling ringan di dunia memiliki paparan skrin 14-inci dengan casis yang diperbuat daripada karbon fiber. Manakala X1 Yoga adalah komputer riba yang menawarkan integrasi pen dan kebolehan sambungan LTE.
ThinkPad X1 Tablet

Selain itu ASUS juga mengumumkan ThinkPad X1 Tablet yang dijana pemproses Intel Core Generasi ke-8 di samping paparan 13-inci HDR Ready dan Lenovo Pen Pro. ThinkPad X1 Tablet turut menyediakan pengimbas cap jari ditambah ciri sokongan tahan lasak gred tentera (Mil-Spec). Bateri Quick Charging membolekan tablet beroperasi selama 30 hari. Kini sambungan rangkaian boleh digunakan dengan adanya slot kad Nano-SIM.
ThinkVision X1

Untuk monitor pula, ThinkVision X1 didatangkan dengan skrin 27-inci UHD setebal 4.7 mm, monitor ini turut membawakan ciri satu-kabel dinamakan Thunderbolt 3. Ia juga boleh digunakan bersama aksesori lain bermula daripada pilihan dok sehingga ke penapis privasi pada skrin. Kamera web yang terletak diatas kerangka boleh digerakkan secara automatik yang dipanggil Motor-Camera.
ThinkPad X1 Carbon, X1 Yoga, dan X1 Tablet dijual pada harga $1,709 (RM6,854), $1,899 (RM7,616), dan $1,599 (RM6,413) seunit bermula bulan ini. Namun, untuk harga monitor ThinkVision X1 ia masih belum diumumkan.

