CES 2018 : Fon Kepala Sony MDR-1AM2 Dilengkapi Unit Pemacu HD 40mm Yang Diperbaharui

Meneruskan legasi fon kepala MDR-1A yang telah diperkenalkan pada tahun 2014 yang lalu, Sony kini tampil dengan model terbaru MDR-1AM2 yang menampilkan peningkatan serta fungsi baharu sebagai sebuah fon kepala premium. Sokongan unit pemacu HD 40mm yang baru dibangunkan serta ciri aluminium-coated liquid crystal polymer diaphragms pada MDR-1AM2 ini berupaya menjanjikan kualiti bunyi terbaik.

Fon kepala terbaru dari Sony ini turut menerima sentuhan rekaan gril dengan corak Fibonacci yang menarik bagi memastikan ia mampu menyokong julat frekuensi lebih tinggi, dan turut disaluti oleh tembaga bebas oksigen (OFC) untuk mengelakkan kehilangan isyarat transmisi.

Sony MDR-1AM2 ditawarkan dalam dua warna.

Walaupun tampil dengan penambahbaikan, MDR-1AM2 tampil lebih ringan berbanding model sebelum ini agar ia lebih selesa untuk dipakai sepanjang hari. Terdapat dua warna yang boleh dipilih iaitu hitam atau kelabu, dan ia boleh dimiliki di pasaran Malaysia bermula pertengahan Mac 2018 ini.

You might also like