
Meizu E3 Kini Rasmi – Sokong Dwi Kamera Utama & RAM Sebesar 6GB
Meizu telah memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar yang hadir dalam kelas pertengahan untuk pasaran China, dikenali sebagai Meizu E3. Telefon pintar ini menawarkan paparan skrin berukuran 5.99 inci dengan paparan HD penuh, menggunakan nisbah skrin 18:9 serta dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 636 dan memori RAM sebesar 6GB.
Dari segi penggambaran, Meizu E3 menyokong dwi kamera utama Sony IMX362 12MP f/1.9 + 20MP f/2.6 dengan PDAF. Lebih menarik, kamera utama turut menyokong mod potret dengan zoom sehingga 2.5x. Manakala untuk penggambaran swafoto pula, ia menawarkan kamera beresolusi 8 Megapiksel f/2.0 dengan LED flash untuk penggambaran di tempat malap.
Ditawarkan dalam dua varian memori berbeza iaitu 64GB dan 128GB, Meizu E3 yang dioperasikan oleh Android 7.1.2 Nougat turut hadir dengan bateri berkapasiti 3300mAh dengan sokongan pengecasan pantas.
Buat masa ini, peranti ini hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja dan dijual pada harga RMB1799 (kira-kira RM1,117) untuk storan 64GB dan RMB1999 (RM1,242) bagi storan 128GB. Untuk pasaran tempatan, tunggu pengumuman rasmi dari Meizu Malaysia.