Reviu Eksklusif (Bah 3): Samsung Galaxy S9, Hasil Terbaik Daripada Samsung

Tidak perlu diperkenalkan lagi, Samsung Galaxy S9 sudah berada di pasaran tempatan minggu lepas. Ia sebuah peranti induk keluaran terbaru syarikat Korea Selatan yang menampilkan ciri-ciri menarik, dan pada kali ini pembaharuan telah dilakukan pada jabatan kamera.

Pertama kali dalam sejarah telefon pintar, Samsung Galaxy S9 memiliki kamera dengan aperture boleh-laras. Fungsi ini membolehkan kamera mengubah bukaan cahaya masuk ke dalam lensa mengikut keadaan persekitaran sama ada gelap ataupun terang.

Bukan dwi kamera tetapi satu kamera yang cukup pintar

Pada harga bermula RM3,299, kamera Samsung Galaxy S9 adalah yang terbaik di pasaran sekarang. Jika ada wang lebih, apa salahnya laburkan kepada Samsung Galaxy S9+ yang harganya bermula RM3,799 dengan storan asas. Versi + ini boleh dibezakan pada saiz badan, skrin, dan kamera utama secara kasarnya – hadir dengan dwi kamera sebaliknya satu kamera pada Galaxy S9.

Jika pada artikel sebelum ini kami ada mengulas mengenai prestasi dalaman dan fungsi-fungsi menarik yang lain, pada artikel ini pula kami mahu selitkan beberapa hasil gambar yang telah diambil menggunakan Samsung Galaxy S9 dalam beberapa situasi.

 

PEMANDANGAN

Aperture f/2.4, ISO-50
Aperture f/2.4, ISO-250
Aperture f/2.4, ISO-400
Aperture f/1.5, ISO-1000

Ulasan: Boleh dilihat kamera boleh-laras ini membuka aperture serendah f/1.5 ketika keadaan semakin gelap dengan cahaya yang terhad. Sementara jumlah ISO pula ditinggikan sehingga 1000 bagi mendapatkan imej yang jelas tetapi cahaya lampu agak over-exposed.

 

MAKRO

Aperture f/2.4, ISO-250

 

Aperture f/1.5, ISO-320
Aperture f/1.5, ISO-640
Aperture f/1.5, ISO-250
Aperture f/1.5, ISO-250

Ulasan: Pada bahagian ini, untuk menangkap gambar makro lensa memerlukan aperture yang rendah. Ia mungkin disebabkan lensa memerlukan cahaya yang cukup terang untuk menangkap imej yang lebih terperinci. Bagaimanapun, kami mendapati kamera ini kehilangan fokus di beberapa poin di luar bahagian pusat (tengah).

 

MAKANAN

Aperture f/2.4, ISO-200
Aperture f/1.5, ISO-160
Aperture f/2.4, ISO-320
Aperture f/1.5, ISO-250

Ulasan: Gambar yang menyelerakan seperti yang anda lihat bagi kami tidak mengecewakan. Pemprosesan gambar lakukan tugasan dengan baik, malah warna tidak keterlaluan seperti peranti Galaxy sebelum ini. Kebanyakan gambar makanan diambil mengekalkan warna yang natural.

 

WARNA

Aperture f/2.4, ISO-320
Aperture f/2.4, ISO-200

Ulasan: Keseluruhan gambar walaupun nampak biasa, tetapi kejituan warna sangat memuaskan ini kerana kamera tidak mahu warna yang dirakam terjejas. Oleh itu, aperture f/2.4 digunakan walaupun gambar diambil di dalam bangunan. Apa-apapun di sebelah atas gambar, imej kelihatan sedikit kabur.

 

FOKUS

Aperture f/1.5, ISO-320
Aperture f/1.5, ISO-250

Ulasan: Samsung Galaxy S9 sangat baik melakukan fokus pada jarak dekat, lensa nampaknya pantas mengenal pasti subjek yang ingin dirakam, cuma lensa nampaknya bekerja keras apabila merakam objek dengan tekstur halus seperti gambar pertama di atas. Agak terkejut dengan kemampuannya, untuk bahagian ini ia tidak boleh dikalahkan walaupun anda gunakan iPhone X.

 

MALAM

Aperture f/1.5, ISO-1000
Aperture f/1.5, ISO-1000

Ulasan: Hasil penggambaran malam walaupun bukan yang terbaik pada Samsung Galaxy S9, tetapi secara keseluruhannya ia masih memuaskan terutamanya lampu cahaya masih kelihatan jelas dan tidak berlaku pendedahan yang biasanya berlaku pada peranti lain. Noise yang sering berlaku pada penggambaran malam masih boleh dikawal baik.

 

KOMEN…

Bagi anda yang masih buntu untuk memilih sama ada Samsung Galaxy Note8 atau Samsung Galaxy S9/S9+, perbezaan yang boleh dirumuskan ialah kamera pada peranti terbaru ini lebih baik dan jauh lebih canggih. Peranti ini juga dikuasakan cip terbaru yang menggunakan kuasa dengan cermat. Pengimbas cap jari kini lebih mudah dicapai selain rekaan yang lebih mesra untuk dipegang.

Pada kami, kekurangan pada peranti ini ialah ia tiada pen stylus seperti mana yang tersedia pada Galaxy Note8. Jika anda seorang yang gemarkan pen stylus, Galaxy S9 bukan pilihan yang tepat. Akan tetapi, jika anda mementingkan spesifikasi dan keupayaan menyeluruh, Samsung Galaxy S9/S9+ berbaloi untuk dimiliki.

Maklumat lanjut anda boleh semak pada bahagian Reviu Eksklusif (bah 1) dan Reviu Eksklusif (bah 2) termasuk mengenai Pro dan Kontra Samsung Galaxy S9.

Baca Juga:

 

You might also like