

OPPO secara rasminya hari ini melancarkan sebuah telefon pintar generasi baharu dalam keluarga siri R iaitu OPPO R17 Pro , sekaligus menambah barisan smartphone di pasaran tempatan.
Selain hadir rekaan yang anggun, ianya juga ‘disuntik’ dengan pilihan dua warna yang ‘super’ menawan seperti Radiant Mist dan Emerald Green. OPPO memaklumkan R17 Pro versi Emerald Green akan dipasarkan dalam jumlah yang terhad.

Dari segi spesifkasi asas, OPPO R17 Pro membawakan skrin bertakuk 6.4 inci dengan resolusi FHD+ (2340 x 1080 piksel). Ianya dijana oleh pemprosesan Snapdragon 710 dengan kombinasi 8GB RAM dan 128GB ROM yang menjadi tunjang utama kepada telefon pintar ini.
Keunikan R17 Pro adalah pada prestasi kameranya, memiliki tiga lensa utama yang mana salah satunya menawarkan pilihan bukaan pintar yang boleh laras. Tiga kamera utama ini dilengkapi dengan sensor 12MP (f/1.5, f/2.4) + 20MP (f/2.6) + 3D TOF.

Lebih gempak, kameranya juga dilengkapi dengan teknologi AI dan Ultra Night Mode yang dikatakan mampu menandingi mampu menandingi kecemerlangan kamera Huawei P20 Pro. Kamera swafotonya pula adalah sebesar 25MP (f/2.0).

Antara keunikan lain, R17 Pro juga dibekal dengan bateri berkapasiti 3,700mAh bersama pengecasan pantas Super VOOC Flash Charge melalui USB type-C (mengecas sehingga 40% dalam masa 10 minit). Ia juga hadir dengan Hidden Fingerprint Unlock sebagai ciri sekuriti keselamatan
R17 Pro kini mula ditawarkan pada harga RM2,699 seunit. Bagi yang berminat, pra-tempahan boleh dibuat di semua kedai konsep OPPO dan kedai atas talian seperti Lazada, Shopee, 11Street, Senheng, SenQ dan Celcom Blue Cube bermula 23 November 2018. Setiap tempahan, pelanggan akan menerima seunit Olike Neo Sportband bernilai RM389 secara PERCUMA!


Baca juga :
- OPPO R17 Pro Dengan Pilihan Warna Emerald Green Hadir Dalam Kuantiti Terhad!
- ‘Crazy Rich Asian’, Chryseis Tan Serikan Pelancaran OPPO R17 Pro
- Rasmi! OPPO R17 Pro Bakal ‘Bertemu’ Pengguna Tempatan Pada 22 November 2018
- Sertai Peraduan Fotografi OPPO & Anda Berpeluang ‘Miliki’ OPPO R17 Pro
- “R”eturn Dari OPPO Di Luar Jangkaan Anda

