

OPPO Malaysia akan melancarkan model terbaharunya R17 Pro ke pasaran Malaysia pada esok (22 November 2018), malah dalam masa sama akan turut memperkenalkan model edisi terhad dalam kemasan warna Emerald Green.
OPPO juga memaklumkan R17 Pro Emerald Green akan dipasarkan dalam jumlah yang terhad. Jadi ia mungkin tertakluk kepada siapa cepat dia dapat. telefon pintar ini adalah pertama menggunakan teknologi pengecasan Super VOOC, yang mana hanya mengambil masa selama 10 minit untuk 40% bateri.
Selain itu, OPPO R17 Pro juga didatangkan dengan tiga kamera utama yang menyokong bukaan kamera boleh-laras yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI). Kamera ini juga dibantu penstabilan imej optikal (OIS) serta berupaya merakam gambar dalam persekitaran gelap menerusi ciri khas.
Nak tahu lebih lanjut, nantikan pendedahan yang lebih terperinci dalam majlis pelancarannya esok ya! Stay tuned…
Baca Juga:
- Tonton Live Pelancaran OPPO R17 Pro – Berpeluang Menang Olike Neo Sportband!
- ‘Crazy Rich Asian’, Chryseis Tan Serikan Pelancaran OPPO R17 Pro
- Sertai Peraduan Fotografi OPPO & Anda Berpeluang ‘Miliki’ OPPO R17 Pro

