- Iklan -

Pocophone F1 Terima Kemas Kini Android Pie Global Beta Melalui MIUI 10 Versi 8.11.15

Pertama kali diperkenalkan, Pocophone F1 cukup hangat dibualkan oleh peminat yang mahukan telefon pintar pemproses berprestasi tinggi pada harga berpatutan. Dioperasikan oleh Android Oreo 8.1, sub jenama dari Xiaomi ini telah menjanjikan kemas kini naik taraf pada peranti ini sekurang-kurangnya sehingga Android Q.

Kini, versi beta Android Pie untuk Pocophone F1 bagi ujian tertutup telah muncul sejak Oktober yang lalu namun ia terbocor kepada muat turun umum. Terbaru, melalui laman XDA Developers, Xiaomi telah melancarkan Android Pie Global Beta melalui MIUI 10 bagi telefon pintar ini.

Anda boleh memuat turun MIUI 10 Global Beta ROM 8.11.15 sebagai Recovery ROM untuk dipasang melalui kemas kini tersedia pada MIUI ataupun sebagai Fastboot ROM menerusi pemasangan secara fastboot. Kehadiran versi global beta ini seakan memberitahu versi stabil akan ditawarkan kepada umum tidak lama lagi.

Sumber

You might also like