ASUS ZenFone Max Pro M2 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Indonesia Pada 11 Disember 2018!

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai telefon pintar ASUS iaitu ZenFone Max Pro M2 yang khabarnya bakal dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat ini.

Menariknya semalam ASUS Indonesia terlebih dahulu membuat pengumuman untuk melancarkan ZenFone Max Pro M2 secara rasmi di negara itu pada 11 Disember 2018. Melalui perkongsian imej rasmi itu juga jelas memperlihatkan bahawa model ini memfokuskan kepada aspek gaming sama seperti generasi pertamanya sebelum ini.

ASUS ZenFone Max Pro M2 dipercayai hadir dengan skrin berukuran 6.3 inci IPS LCD FHD+, menyokong RAM berkapasiti 4GB serta storan 64GB atau 128GB. Selain itu ia juga akan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 660 AIE serta sokongan Android 8.0 Oreo.

You might also like