[Tertiris] Spesifikasi Meizu M6S Tertera Di AnTuTu

Meizu M6S yang dijadualkan dilancarkan pada bulan lepas telah ditunda pada Januari tahun ini. Ada pengamal media di luar negara sudah mendapat jemputan ke acara pelancarannya pada pertengahan bulan ini di China.

Aplikasi ujian penanda aras AnTuTu menunjukkan Meizu M6S bakal hadir dengan nisbah skrin 18:9 di samping paparan beresolusi HD+. Menjadikan sebarang butang di depan telah dipindahkan ke permukaan belakang.

Menurut maklumat, Meizu M6S didatangkan dengan set cip Exynos 7872 berasaskan cip 14 nm buatan Samsung. Ia turut dua teras Cortex-A72 dan empat teras Cortex-A53. Peranti ini menerima grafik Mali-G71 serta sambungan LTE Cat.7 ditemani jumlah RAM 3GB dan storan 32GB.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja pada hari pelancarannya kelak.

Sumber

You might also like