OPPO A9 2020: Hadir Dengan Kamera Utama 48MP & Menyokong 119° Ultra Wide Angle?

OPPO baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan peranti terbaharu mereka iaitu OPPO A9 2020. Menariknya peranti ini dikhabarkan disertakan dengan sistem kamera yang sangat menakjubkan.

Peranti ini dikatakan bakal tampil dengan kamera utama 48MP dan 8MP (lensa ultra wide angle 119°), 2MP (lensa potret) dan 2MP (lensa mono).

Gambungan 4 kamera ini pastinya menghasilkan kualiti gambar yang sangat mempersonakan. Jadi anda boleh melaraskan gambar mengikut kehendak, senario dan persekitaran.

Bukan itu sahaja, ia juga bakal disertakan dengan Ultra Night Mode 2.0 dan AI Beautification.

Bagi menyokong keupayaan kamera yang menakjubkan ini, ia dihadirkan dengan aspek memori 8GB RAM + 128 GB ROM dan bateri yang sangat besar iaitu 5000mAh.

Walauapapun, sama-sama kita nantikan pelancaran peranti ini tidak lama lagi.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang OPPO, Facebook rasmi OPPO dan OPPO Official Online Store.

Anda juga beli peranti-peranti OPPO di sini:

____________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like