
Realme XT Dengan Kamera 64MP Bakal Diperkenal Di India Pada 13 September Ini
Kini, perlbagai variasi dan model peranti pintar kita dapat lihat di pasaran. Namun, sejujurnya kita pasti menunggu sesuatu yang lebih wow kan? Aha! Salah satunya, kemunculan Realme XT – salah sebuah peranti yang boleh dianggap luar biasa dengan kelas tersendiri.

Titik utama ini terletak pada kamera – lensa utama 64MP. Dalam erti kata lain, ia merupakan pesaing kepada Redmi Note 8 Pro – dilancarkan pada 29 Ogos 2019. Terbaru, imej penggoda Realme XT kini dikongsi di Weibo – sekaligus mendedahkan tarikh pelancaran peranti.
Memetik imej terdedah, peranti ini dikatakan bakal tiba di India pada 13 September ini. Sebelum ini bertiup ketirisan mengatakan Realme XT muncul di penanda aras Geekbench – menjaringkan mata sebanyak 1,171 mata untuk single-core dan 4,521 mata untuk multi-core.

Khabar angin sebelum ini mendedahkan Realme XT mungkin dijana cip pemproses Snapdragon 712 AIE dan dibekalkan empat kamera utama dengan lensa 64-megapiksel ISOCELL Bright GW1 Samsung + 8MP + 2MP + 2MP. Sama-sama kita tunggu!

