Foxconn Menurunkan Tawaran Pemilikan Saham Sharp

816
- Iklan -

497951180-sharp-1400

Syarikat elektronik Foxconn dari Taiwan mungkin tidak terkenal, tetapi merekalah yang bertanggung jawab dalam penghasilan majoriti komponen elektronik yang berada di pasaran ketika ini. Salah satunya adalah cip yang digunakan di dalam peranti iPhone. Kini syarikat tersebut dikhabarkan ingin meluaskan lagi segmen produk mereka dengan mengambil alih syarikat yang kini sedang dilanda masalah kewangan, salah satunya adalah syarikat terkemuka Jepun, Sharp.

Foxconn telah pun menawarkan bayaran berjumlah 489 bilion Yen (RM 17.87 bilion) sebelum ini, namun pada saat-saat terakhir syarikat Taiwan itu menarik balik tawaran mereka. Langkah itu diambil kerana Foxconn bimbang tentang prestasi merundum Sharp dan kemungkinan terjadinya liabiliti kewangan pada masa hadapan. Oleh itu Foxconn meminta agar bayaran yang telah dipersetujui itu dikurangkan.