
Seiring dengan pelancaran Xiaomi Mi 9, syarikat tersebut turut berkesempatan memperkenalkan ahli baru dalam segmen aksesori iaitu 20W Mi Wireless Charging Pad untuk pasaran tempatan.

20W Mi Wireless Charging Pad merupakan pengecas tanpa wayar terpantas di dunia. Difahamkan, ia juga menyokong pelbagai peranti lain yang menyokong fungsi Qi dan hadir dengan ruang udara membolehkan pengurangan haba. Turut hadir kepala pengecas 27W.

Menurut Xiaomi, pengguna boleh mengecas penuh bateri Mi 9 dalam hanya 90 minit dengan pengecas tanpa wayar ini. 20W Mi Wireless Charging Pad dijual pada harga RM129 – ketersediaan bermula 13 April di Lazada dan Mi stores.


