- Iklan -

Ayda Jebat Cakap OPPO R9s Plus Lagi Best! Apa Yang Best?!

Selebriti terkenal tempatan, Ayda Jebat dan Min Chen memeriahkan acara pelancaran peranti terbaru OPPO R9s Plus, sekaligus melancarkan jualan model ini bermula dari hari ini.

OPPO R9s yang dilancarkan awal tahun ini telah membawakan kejayaan yang baik buat OPPO. Baru-baru ini, edisi Merah Valentine telah habis dijual di atas talian di dalam masa 48 jam sahaja selepas pra-tempahan bermula, dan telahpun habis dijual kedai OPPO sebelum ianya dijual secara rasminya.

Versi terbaru, R9s Plus dikuasakan dengan kamera belakang 16MP IMX398 yang dibangunkan bersama oleh OPPO dan SONY, kamera ini dilengkapi f/1.7 aperture dengan teknologi fokus dwi-PDAF. OPPO juga turut memperkenalkan beberapa fungsi yang baru, iaitu Penstabilan Imej Optik Plus (OIS+) dengan kawasan anti-getar yang lebih baik berbanding dengan OIS yang biasa terdapat di pasaran. Para pengguna juga boleh menikmati pemproses Qualcomm Snapdragon 653 yang baru dilancarkan, di samping kapasiti bateri yang dinaiktarafkan, membolehkan pengguna untuk menikmati pengalaman fotografi bertaraf profesional sepanjang hari.

Mari kita lihat lebih lanjut mengenai kemampuan kamera dan komponen yang diketengahkan pada model ini.

 

Penstabilan Imej Optik (OIS), Sensor IMX398 Terbaharu dan Teknologi Dwi-PDAF

OPPO R9s Plus menggunakan sensor SONY IMX398 yang menawarkan 16 Megapiksel resolusi, ia dibangunkan bersama oleh SONY dan OPPO. Ia mempunyai ukuran aperture f/1.7 yang berkebolehan memerangkap 40% lebih cahaya berbanding generasi sebelumnya. Satu tambahan baru pada R9s Plus adalah ciri OIS+ yang direka dengan kawasan anti-getar yang lebih besar sebanyak 40%. Ini bermakna R9s Plus mampu mengendalikan lebih baik getaran sambil mengekalkan kualiti imej.

Sama seperti R9s, kamera belakang R9s Plus menggunakan teknologi Dwi-PDAF, menawarkan prestasi yang lebih baik dari standard PDAF. Hasilnya, kamera mampu meletakkan fokus dengan lebih cepat dan tepat. Menurut OPPO, Dwi-PDAF akan lebih mengagumkan apabila anda menggunakan kamera di kawasan yang mempunyai cahaya terhad, di mana anda akan merasakan perbezaan yang ketara di antara kamera R9s Plus dan smartphone lain yang mempunyai standard PDAF.

OPPO R9s Plus sudah mula dijual di stor jualan OPPO dan stor atas talian pada harga RM2,498.

 

You might also like