
Sejak pelancaran OPPO R9s pada bulan Januari yang lepas, ia telah mendapat sambutan hebat daripada peminatnya. Menurut pihak OPPO, pra-tempah peranti ini telah mencipta rekod jualan baru berbanding pra-tempah pada F1s yang sebelum ini menjadi juara bagi syarikat ini.
Sempena Hari Kekasih pada 14 Februari yang lepas, OPPO telah melancarkan warna baru iaitu Valentine Red yang melambangkan kebahagian, kejayaan dan membawa tuah kepada anda semua. Adakah anda bersedia untuk mengejutkan orang tersayang dengan edisi merah ini?
Tonton video unboxing dari kami dahulu…

