
Google Menutup Akses Google Play Services Untuk Android Gingerbread 2.3
Tidak lama dahulu kami ada laporkan berita bahawa Android Gingerbread 2.3 tidak akan menerima sokongan perisian dari Google, lantas mematikan sistem operasi tersebut.
Kini, masa tersebut sudah tiba dengan Google menutup akses Google Play Services dari digunakan para pembina aplikasi. Langkah ini menyebabkan pembina aplikasi tidak dapat lagi membina aplikasi untuk Android versi ini.
Jika anda masih menggunakan Android versi ini dan pengeluar peranti ini tidak menawarkan sistem operasi versi terbaru, mungkin sudah tiba masanya anda mendapatkan peranti baru yang menyokong sistem operasi terbaru, lebih baik jika ia siap menggunakan Android Nougat.

