Samsung Dijangka Akan Mengumumkan Tarikh Pelancaran Galaxy S8 Tidak Lama Lagi

Samsung sudah pun menyatakan bahawa Galaxy S8 tidak akan diperkenalkan pada acara MWC 2017. Sebaliknya, Samsung akan memperkenalkan tablet Android terbaru pada pameran itu. Tetapi itu tidak bermakna kita tidak mendapat sebarang indikasi atau berita Galaxy S8 terus dari Samsung. Beberapa laporan menyatakan bahawa Samsung akan menayangkan video teaser Galaxy S8 pada acara MWC dan kemudiannya akan disusuli pengumuman tarikh pelancaran peranti itu.

Menurut portal berita Hankyung, Ketua Samsung Mobile, DJ Koh merupakan individu yang akan bertanggungjawab mengumumkan tarikh penting tersebut. Khabar angin juga menyatakan berkemungkinan besar Galaxy S8 akan dilancarkan pada 29 Mac di acara Unpacked, New York.

 

Baca Juga
You might also like