
ASUS ZenFone Go (ZB450KL), Versi Peningkatan Dengan Spesifikasi Lebih Rendah?!
ASUS telah melancarkan siri ZenFone 3 di Malaysia pada awal bulan Ogos. Terbaru, sebuah model kelas pertengahan telah diperkenalkan di Rusia, ZenFone Go (ZB450KL) yang menawarkan spesifikasi seakan sama dengan model sebelum ini ZenFone Go ZC500TG.
Menampilkan paparan skrin lebih kecil, berukuran 4.5 inci dengan resolusi 854×480 piksel. ZenFone Go (ZB450KL) dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 410, RAM 1GB dengan memori dalaman berkapasiti 8GB serta tambahan memori microSD sehingga 128GB. Manakala bateri yang disediakan pula sebesar 2070mAh.
Selain dioperasikan oleh Android 6.0 Marshmallow, tidak ketinggalan menyediakan fungsi multimedia seperti lensa penggambaran utama 8 Megapiksel dengan apertur f/2.0 dan kamera hadapan beresolusi 2 Megapiksel dengan beberapa mod menarik disokong pada kedua-duanya.
ASUS ZenFone Go (ZB450KL) telah pun dijual di Rusia pada harga USD 123 (kira-kira RM491).

