
Musim Haji telah tiba! Terdapat beberapa aplikasi yang menyediakan panduan untuk menunaikan haji dan umrah. Terbaru, satu aplikasi yang telah diperkenalkan daripada pembangun tempatan yang dikenali sebagai Haji-Umrah.
Haji-Umrah menawarkan maklumat praktikal dan interaktif berdasarkan bahan rujukan yang diperoleh dari Tabung Haji. Kandungan dalam aplikasi dirujuk kepada pihak Bahagian Bimbingan Jabatan Haji bagi memastikan maklumat selari mengikut Mazhab Imam Shafie.
Aplikasi ini membantu para jemaah mengingati semula ibadah rukun dan wajib di samping perkara sunat yang perlu dibuat ketika berada di sesuatu tempat, seperti mengerjakan tawaf dan saie. Haji-Umrah turut mengintegrasikan fungsi panduan untuk membaca doa yang sepatutnya pada lokasi yang tepat, di samping membolehkan anda turut mengetahui sejarah di beberapa lokasi ketika menunaikan umrah dan haji.
Kehidupan rutin di Makkah dan Madinah boleh dijalankan dengan mudah kerana terdapat maklumat mengenai lokasi hospital, hotel, restoran dan pusat membeli-belah dicari dengan adanya fungsi tersebut pada aplikasi Haji-Umrah ini. Buat masa sekarang, aplikasi ini hanya boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna Android sahaja.

