Maxis Lengkapkan Makmal Komputer Dengan Komputer Untuk Pelajar Mulakan Pembelajaran Digital Sempena Festival Cahaya

Sempena musim perayaan Deepavali baru-baru ini, Maxis telah melengkapkan makmal komputer MySkills Foundation, sebuah firma sosial yang menyediakan kemahiran hidup dan vokasional, dan SJK(T) Kuala Kubu Bharu dengan komputer untuk membantu pembelajaran ICT mereka.

Komputer telah diberi dan dipasang oleh dua kumpulan kecil sukarelawan Maxis yang juga merupakan Maxperts sambil mematuhi SOP PKPB. Pelajar dan guru amat gembira mendapat bimbingan Maxperts untuk memasang komputer yang dilengkapi dengan WiFi selama setahun yang akan mereka gunakan di makmal computer mereka.

Khidmat masyarakat Maxis amat mementingkan pendidikan, sama ada untuk memberi akses untuk pembelajaran digital untuk komuniti, bengkel pemasaran digital bagi pengusaha mikro atau kesedaran keselamatan siber bagi kanak-kanak. Program komuniti utama syarikat, eKelas, bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar di masyarakat luar bandar.

Inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah ini untuk pelajar dari Sekolah Rendah 6 hingga Tingkatan 5 membawa kandungan pendidikan berkualiti dengan cara yang menyeronokkan dan bersemangat, sesuai dengan Sukatan Pelajaran Malaysia. eKelas dikendalikan di sekolah dan Pusat Internet MCMC yang berfungsi sebagai hab digital untuk komuniti di kawasan yang kurang ditembusi liputan rangkaian. Program ini telah diakui oleh Kementerian Pendidikan sebagai inisiatif di bawah “Program Imersif Tinggi” (Highly Immersive Programme), di mana para pelajar layak untuk mengumpulkan markah kokurikulum dari penyertaan mereka dalam eKelas.

You might also like