
Honeywell dan Signify akan Bekerjasama Dalam Penggunaan Penyelesaian Pencahayaan Bersepadu Untuk Meningkatkan Pengalaman Penghuni
![]() |
– Honeywell menambah sistem pencahayaan dan perisian Signify kepada penyelesaian Bangunan Sihat untuk meningkatkan pengalaman, produktiviti dan kesejahteraan kepada para penghuni
– Ini termasuk pencahayaan nyahjangkitan UV-C Signify, pencahayaan yang terhubung, pencahayaan berpusatkan manusia dan penghunian, pemantauan ruang dan persekitaran
– Mengintegrasikan penyelesaian pencahayaan LED pintar dengan sistem pengurusan bangunan boleh membantu bangunan meningkatkan penggunaan tenaga
ATLANTA dan EINDHOVERN, Belanda, 23 Disember 2020 /PRNewswire/ — Honeywell (NYSE: HON), peneraju global dalam bangunan yang terhubung dan Signify (Euronext: LIGHT), pemimpin dunia dalam pencahayaan, hari ini telah mengumumkan gabungan strategik untuk melaksanakan penyelesaian pencahayaan pintar bagi bangunan komersial. Bersama-sama, syarikat-syarikat ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman penghuni – memberi tumpuan kepada produktiviti dan kesejahteraan – dan untuk mengurangkan penggunaan tenaga.
Kerjasama ini mengintegrasikan sistem pencahayaan dan perisian Interact Signify, serta pencahayaan nyahjangkitan UV-C, dengan Sistem Pengurusan Bangunan Honeywell dan platform pengurusan prestasi perniagaan Honeywell Forge. Penawaran yang digabungkan akan menguruskan penggunaan tenaga sambil memfaktorkan dalam penghunian bersama-sama dengan penunjuk kualiti udara seperti suhu dan kelembapan. Penyelesaian pencahayaan Signify* akan melengkapkan penyelesaian kualiti udara yang sihat untuk Bangunan Sihat Honeywell bermula pada awal tahun 2021 dan ia boleh dikawal, diselaraskan dan dipantau melalui papan pemuka Bangunan Sihat untuk memahami pematuhan pembersihan udara dan permukaan serta metrik.
Signify menawarkan unsur-unsur tambahan untuk meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan. Unsur-unsur ini termasuk pencahayaan berpusatkan manusia, seperti NatureConnect, dan pencahayaan nyahjangkitan UV-C. UV-C memecahkan DNA atau RNA mikro-organisma, termasuk virus dan bakteria, menjadikannya tidak berbahaya. Dalam ujian makmal, sumber cahaya UV-C Signify mengurangkan jangkitan virus SARS-CoV-2 pada permukaan ke bawah tahap boleh dikesan hanya dalam masa yang amat singkat iaitu 9 saat.1
Selain itu, pemilik bangunan dan pengendali akan dapat menguruskan sistem pencahayaan dan kecekapan tenaga dengan lebih baik melalui penggunaan sistem pencahayaan LED pintar. Pencahayaan mewakili 17% daripada jumlah penggunaan elektrik dalam bangunan komersial A.S. menurut Tinjauan Penggunaan Tenaga Bangunan Komersial,2 menjadikannya penggunaan elektrik terbesar pada bangunan. Kadar penggunaan yang sama juga dilihat secara global.3
Sistem pencahayaan LED terhubung Signify Interact Office boleh menjimatkan sehingga 70% daripada tenaga yang digunakan untuk pencahayaan4 dan menggunakan kawalan bangunan dan penderiaan canggih, seperti mana dari Honeywell, yang boleh menjimatkan sehingga 30% dalam kos tenaga kemudahan.5
“Kita dapat melihat sistem pencahayaan memainkan peranan yang semakin penting dalam bangunan untuk meningkatkan keselesaan, kesejahteraan dan produktiviti penghuni serta membantu memenuhi matlamat penjimatan tenaga. Kami menjangkakan trend ini akan terus berkembang,” kata Vimal Kapur, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Honeywell Building Technologies. “Kerjasama kami dengan Signify akan membolehkan kami mendayakan pelanggan dalam melaksanakan penyelesaian pencahayaan bersepadu yang membantu meningkatkan pengalaman penghuni dengan pilihan pencahayaan peribadi yang boleh disesuaikan dan disepadukan ke dalam platform Honeywell Forge dan Sistem Pengurusan Bangunan kami.”
“Terdapat manfaat yang telah diketahui tentang caranya pencahayaan boleh meningkatkan pengalaman dan kesejahteraan,” kata Harsh Chitale, ketua Penyelesaian Digital Signify. “Ramai pelanggan kami mengharapkan penyelesaian kami akan memberi nilai yang lebih daripada sekadar skop pencahayaan. Kami berharap dapat memanfaatkan kerjasama ini dengan Honeywell untuk bersama-sama membangunkan produk dan sistem yang memberi nilai yang lebih besar kepada pelanggan kami. Kami berhasrat untuk memberikan manfaat pengguna akhir kepada penghuni bangunan, seperti peningkatan kesejahteraan dan produktiviti, sambil menyediakan rakan kongsi saluran dengan produk yang lebih mudah untuk digunakan dan dikekalkan.”
Sistem Bangunan dan Pencahayaan Bersepadu untuk Memberikan Perkhidmatan Kepada Pesakit di Klinik Mata Malaysia
Honeywell dan Signify menggunakan tawaran bersepadu di Klinik Pakar Mata OPTIMAX, iaitu rangkaian klinik pakar mata terkemuka di Malaysia, untuk membantu organisasi itu meningkatkan kualiti udara dan usaha nyahjangkitan permukaan.
“Honeywell dan Signify menawarkan kepada klinik kami penyelesaian yang lengkap untuk nyahjangkitan udara, permukaan dan objek yang membolehkan kami berkomunikasi secara jelas dengan pakar klinikal, kakitangan dan pesakit kami tentang caranya kami berusaha untuk menyokong kesejahteraan di ruangan kami,” kata Tan Sri Dato‘ Tan Boon Hock, pengasas Pusat Pakar Mata OPTIMAX.
Klinik menggunakan lampu UV-C Signify di luminari udara atas, troli berdiri sendiri dan di unit gegelung kipas yang dikawal oleh Honeywell untuk meningkatkan kesejahteraan dengan menyumbang kepada nyahjangkitan udara± dan permukaan§ di dalam bilik. Papan pemuka Bangunan Sihat Honeywell akan mengawal dan memantau teknologi pencahayaan Signify di klinik.
Produk Honeywell dan Signify yang bersepadu boleh menyokong keperluan mana-mana bangunan dan mempunyai penyelesaian khusus untuk sektor bangunan komersial premium, lapangan terbang, hospitaliti, penjagaan kesihatan, pendidikan, peruncitan dan stadium. Honeywell dan Signify juga sedang menggunakan penyelesaian bersepadu, termasuk nyahjangkitanluminari udara atas Philips UV-C Signify, di beberapa pejabat global Honeywell.
Penyelesaian Bangunan Sihat Honeywell membantu pemilik bangunan meningkatkan persekitaran bangunan mereka, mengendalikan secara lebih bersih dan selamat, mematuhi dasar penjarakan sosial dan membantu meyakinkan penghuni berasa lebih selamat untuk kembali ke tempat kerja. Dengan mengintegrasikan kualiti udara, keselamatan dan teknologi keselamatan bersama-sama dengan analisis canggih, penyelesaian Bangunan Sihat Honeywell direka untuk membantu meminimumkan kemungkinan risiko pencemaran dan meningkatkan kesinambungan perniagaan dengan memantau persekitaran bangunan dan tingkah laku penghuni bangunan.
Tentang Signify
Signify (Euronext: LIGHT) ialah peneraju dunia dalam pencahayaan untuk profesional dan pengguna serta pencahayaan untuk Internet Benda (IoT). Produk Philips kami, Interact menggabungkan sistem pencahayaan dan perkhidmatan didayakan data, memberikan nilai perniagaan dan mengubah kehidupan di rumah, bangunan dan ruang awam. Dengan jualan pada tahun 2019 sebanyak EUR 6.2 bilion, kami mempunyai kira-kira 37,000 orang pekerja dan membuat penampilan di lebih daripada 70 buah negara. Kami membuka kepada potensi cahaya yang luar biasa untuk kehidupan yang lebih cerah dan dunia yang lebih baik. Kami telah mencapai keneutralan karbon pada tahun 2020, telah berada di Dow Jones Sustainability World Index sejak pengeluaran IPO kami selama empat tahun berturut-turut dan telah dinobatkan sebagai Peneraju Industri pada tahun 2017, 2018 dan 2019. Berita daripada Signify boleh didapati di Newsroom, Twitter, LinkedIn dan Instagram. Maklumat untuk pelabur boleh didapati di halaman Perhubungan Pelabur.
Tentang Honeywell Building Technologies
Honeywell Building Technologies (HBT) ialah perniagaan global dengan lebih daripada 20,000 pekerja. HBT mencipta produk, perisian dan teknologi yang terdapat di lebih daripada 10 juta bangunan di seluruh dunia. Pemilik dan penghuni bangunan komersial menggunakan teknologi kami untuk memastikan kemudahan mereka selamat, cekap tenaga, lestari dan produktif. Untuk maklumat lanjut tentang Honeywell Building Technologies, sila layari http://www.honeywell.com/newsroom.
Honeywell (www.honeywell.com) merupakan syarikat teknologi Fortune 100 yang menyampaikan penyelesaian khusus industri yang termasuk produk dan perkhidmatan aeroangkasa; teknologi kawalan untuk bangunan dan industri; dan bahan prestasi di seluruh dunia. Teknologi kami membantu pesawat, bangunan, kilang pembuatan, rantaian bekalan dan pekerja menjadi lebih terhubung untuk menjadikan dunia kita lebih pintar, lebih selamat dan lebih lestari. Untuk maklumat lanjut tentang Honeywell, sila layari www.honeywell.com/newsroom.
* produk Signify (termasuk produk nyahjangkitan udara dan permukaan UV-C) bukanlah peranti perubatan, ia tidak diluluskan, diperakui atau didaftarkan sebagai peranti perubatan dalam mana-mana bidang kuasa dan tidak dimaksudkan oleh Signify untuk digunakan bagi nyahjangkitan peranti perubatan atau untuk tujuan perubatan lain.
± Keberkesanan germisid sumber cahaya UV-C adalah berkadaran dengan masa pendedahan mikro organisma kepada sumber cahaya UV-C dan keamatan sumber cahaya UV-C. Oleh itu, aliran udara yang mencukupi di dalam bilik (yang boleh dicapai melalui aliran udara paksaan atau perolakan semula jadi) diperlukan untuk operasi penyelesaian nyahjangkitan luminari udara atas UV-C Signify yang berkesan.
Produk nyahjangkitan permukaan UV-C Signify (dilengkapi dengan sumber cahaya UV-C Signify) akan mencapai tahap pengurangan jangkitan virus yang sama selagi dos UV-C yang sama dicapai di setiap kawasan permukaan yang disinari.
Rujukan
1 Nadia Storm dll, Rapid and complete inactivation of SARS-CoV-2 by ultraviolet-C irradiation, 2020. Tertakluk kepada kajian semula setara dan hanya boleh didapati sebagai pracetak di https://www.researchsquare.com/article/rs-65742/v2. Irdians UV-C yang digunakan dalam kajian ini adalah 0.849 mW/cm2.
2 U.S. Energy Information Administration, 2018 Commercial Buildings Energy Consumption Survey Preliminary Results, CBECS 2012 Trends in Lighting in Commercial Building, Dikeluarkan pada 17 Mei 2017 [Diakses pada 6 Disember 2020]
3 Jurnal CIBSE, Modul 22: Lighting control technologies and strategies to cut energy consumption, Dikeluarkan pada November 2010 [Diakses pada 11 Disember, 2020]
4 The Climate Group, Smarter energy: accelerating business use of indoor connected LED lighting, 19 Oktober 2020 [diakses pada 14 Disember, 2020]
5 Pacific Northwest National Laboratory, Impacts of Commercial Building Controls on Energy Savings and Peak Load Reduction, Mei 2017 [Diakses pada 17 November, 2020]
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics HVAC Infectious Disease Control New products/services
Source: PRNEWSWIRE