- Iklan -

Teknologi Ireland digunakan di Afrika Selatan sebagai sebahagian daripada pembukaan semula Acara Muzik Antarabangsa

DUBLIN, 23 Disember 2020 /PRNewswire/ — Health Passport Europe yang berpusat di Ireland telah bekerjasama dengan Big Concerts dan The Entertainment Group untuk membuka semula industri acara di Afrika Selatan dengan selamat melalui penggunaan kemajuan terkini dalam ujian pantas COVID-19 dan teknologi mudah alih Health Passport Europe yang selamat.

The Health Passport Europe digital platform was deployed at this year’s RECHARGE 2020 event in Cape Town, South Africa, using latest COVID-19 testing and mobile technology as part of the safe re-opening of the live events sector

Acara RECHARGE 2020 telah diadakan secara langsung pada 21hb Disember lepas bertempat di Grand Café & Beach, Cape Town, Afrika Selatan dengan pelbagai hiburan persembahan langsung dan beberapa orang DJ. Acara tersebut telah berlangsung dengan selamat dan merupakan titik permulaan penting ke arah pembukaan semula acara-acara langsung yang lebih meluas pada tahun 2021.

Platform ini, yang  menyokong vaksin dan ujian COVID-19 dengan cekap, akan digunakan pada acara-acara di Itali dan Portugal dan sistem ini akan dimanfaatkan untuk membuka semula sektor pelancongan dengan selamat.

Bagaimana Health Passport Europe Berfungsi 

Sebelum bermulanya acara RECHARGE 2020, semua hadirin termasuk kakitangan dikehendaki memuat turun dan memasang aplikasi mudah alih Health Passport Europe secara percuma. Pada hari acara tersebut berlangsung, semua orang telah diuji untuk COVID-19 sebelum masuk, menggunakan ujian antigen pantas yang terkini dan telah disahkan untuk kegunaan di Afrika Selatan.

Semua kakitangan, penghibur dan tetamu telah diuji sebelum acara tersebut berlangsung. Beberapa pengesanan positif telah berjaya dibuat semasa pra-ujian. Mereka yang didapati positif tidak dibenarkan masuk ke lokasi acara sebaliknya diberikan nasihat perubatan profesional.

Dalam masa 20 minit setelah ujian, keputusan ujian telah dikemas kini secara peribadi dan selamat kepada aplikasi Health Passport Europe setiap individu. Di pintu masuk, kakitangan keselamatan telah mengimbas tiket dan aplikasi Health Passport Europe setiap individu dengan cepat dan hanya mereka negatif COVID-19 sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam lokasi acara tersebut bagi memastikan tahap risiko penjalaran yang terendah kepada semua orang. Garis panduan kesihatan untuk COVID-19 juga dipatuhi oleh semua orang di seluruh lokasi acara tersebut.

Mereka yang mempunyai simptom COVID-19 sewaktu hadir untuk pra-ujian tidak akan diuji tetapi sebaliknya dinasihatkan untuk mematuhi garis panduan kesihatan negara.

Justin Van Wyk, Ketua Pegawai Eksekutif Big Concerts berkata: “Ini merupakan suatu detik yang penting untuk industri acara yang telah musnah akibat pandemik ini. Penggunaan platform Health Passport Europe membolehkan acara ini diadakan dengan tahap pengurangan risiko tertinggi dan menjadi penanda kejayaan untuk penganjuran acara langsung di seluruh dunia. Sistem ini membolehkan kami menawarkan ujian sebelum dan selepas acara untuk jaminan yang maksimum, melindungi penonton, penghibur dan semua orang yang terlibat dengan acara tersebut.”

Robert Quirke, pengasas Health Passport Europe, berkata: “Pasukan kami berasa teruja dan berbesar hati dapat turut membantu dalam projek di Cape Town ini dan menyumbang kepada pembukaan semula acara hiburan dan pelancongan antarabangsa yang selamat. Teknologi yang selamat ini direka untuk kesesuaian dengan semua jenis ujian dan vaksin COVID-19 yang rasmi. Beribu-ribu orang telah menggunakan sistem mudah alih ini dan ia membantu industri untuk kembali.”

Platform Health Passport Europe telah diguna pakai oleh banyak organisasi perubatan dan farmasi terkemuka yang menyediakan perkhidmatan ujian bagi COVID-19. Teknologi tersebut telah lulus dalam semua percubaan dan pembangunan serta telah diuji secara meluas di pelbagai industri merangkumi penjagaan kesihatan, logistik, hospitaliti, pendidikan dan rumah penjagaan, termasuk percubaan di Lapangan Terbang Dublin.

Proses ini telah direka untuk menjalankan ujian kepada lebih 100,000 orang dalam tempoh 10 jam dengan selamat, berserta dengan keputusan ujian, sijil perjalanan atau dokumen vaksin yang dimuat naik dengan serta-merta ke dalam aplikasi individu tersebut.

Sistem Health Passport Europe telah direka sebagai suatu sistem yang selamat kepada orang ramai untuk menyimpan dan memaparkan vaksin COVID-19 atau status ujian rasmi mereka. Ia merupakan sebuah platform antarabangsa umum yang boleh digunakan oleh semua industri dan orang awam.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/12/teknologi-ireland-digunakan-di-afrika-selatan-sebagai-sebahagian-daripada-pembukaan-semula-acara-muzik-antarabangsa.jpg
Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/12/teknologi-ireland-digunakan-di-afrika-selatan-sebagai-sebahagian-daripada-pembukaan-semula-acara-muzik-antarabangsa-1.jpg
Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/12/teknologi-ireland-digunakan-di-afrika-selatan-sebagai-sebahagian-daripada-pembukaan-semula-acara-muzik-antarabangsa-2.jpg
Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/12/teknologi-ireland-digunakan-di-afrika-selatan-sebagai-sebahagian-daripada-pembukaan-semula-acara-muzik-antarabangsa-3.jpg

The Health Passport Europe digital platform was deployed at this year’s RECHARGE 2020 event in Cape Town, South Africa, using latest COVID-19 testing and mobile technology as part of the safe re-opening of the live events sector
The Health Passport Europe digital platform was deployed at this year’s RECHARGE 2020 event in Cape Town, South Africa, using latest COVID-19 testing and mobile technology as part of the safe re-opening of the live events sector
The Health Passport Europe digital platform was deployed at this year’s RECHARGE 2020 event in Cape Town, South Africa, using latest COVID-19 testing and mobile technology as part of the safe re-opening of the live events sector
The Health Passport Europe digital platform was deployed at this year’s RECHARGE 2020 event in Cape Town, South Africa, using latest COVID-19 testing and mobile technology as part of the safe re-opening of the live events sector
The Health Passport Europe digital platform was deployed at this year’s RECHARGE 2020 event in Cape Town, South Africa, using latest COVID-19 testing and mobile technology as part of the safe re-opening of the live events sector
The Health Passport Europe digital platform was deployed at this year’s RECHARGE 2020 event in Cape Town, South Africa, using latest COVID-19 testing and mobile technology as part of the safe re-opening of the live events sector

Keywords: Computer/Electronics Entertainment Health Care/Hospital Infectious Disease Control Multimedia/Online/Internet Public Safety Trade show news

Source: PRNEWSWIRE

You might also like