
Kamera Boleh Lipat Bakal Hadir Pada Peranti HUAWEI? Paten Telah Diluluskan!
Kamera swafoto dari dulu yang hanya mempunyai satu sensor sehingga kini tampil dengan 2 sensor, dan ia bakal muncul dengan 3 sensor dari HUAWEI.
Menurut sumber, HUAWEI telahpun mempatenkan peranti dengan rekaan 3 kamera boleh lipat dan paten ini juga telah menerima kelulusan dari pihak berkenaan.
Melalui perkongsian gambar, rekaan yang digunakan oleh HUAWEI agak berlainan walaupun rekaan begini sebenarnya telah tampil pada Samsung Galaxy A80 dan ASUS ZenFone 6. Adakah paten ini akan digunakan dalam masa terdekat ini, kita tunggu sahaja berita lanjutan dari HUAWEI.
[ SUMBER ]

