Sistem Pembayaran Mobil Dari Xiaomi

1Nampaknya Xiaomi tidak akan berhenti mengorak langkah dalam meluaskan pengaruh mereka dalam dunia teknologi. Pasaran peranti dan perkakasan memang sudah sinonim dengan nama mereka, produk smartphone, gajet dan perkakasan rumah mereka menerima respon yang positif dari pengguna.

2  Kini Xiaomi hadir dengan satu lagi tawaran baru, mereka baru sahaja memperkenalkan Mi Pay, sistem pembayaran menggunakan transaksi atas talian melalui smartphone. Mi Pay akan mula digunakan di negara China dan pada masa kini telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa bank utama di negara tersebut.

3Buat masa kini hanya model Mi 5 sahaja boleh digunakan bersama Mi Pay, namun dijangkakan tidak lama lagi kemas kini perisian sokongan akan diberikan kepada smartphone Xiaomi dengan sambungan NFC. Masih tiada berita sama ada servis Mi Pay akan dikembangkan ke pasaran luar China.

You might also like