
Berita baik buat penggemar laptop gaming, Asus Malaysia baru sahaja mengumumkan penurunan harga bagi produk ROG mereka iaitu Asus ROG Strix Scar Edition sehingga RM1,000 bermula hari ini.
Bagi mereka yang sudah lama mengidamkan laptop berkuasa ini, tibalah masa untuk anda membelanjakan duit tersebut. Asus ROG Strix Scar Edition kini dijual pada harga:
- GL703V-MEE246T – i7/GTX 1060 + SSD = RM6,899 (asal RM7,899)
- GL503V-MED311T – i7/GTX 1060 + SSD = RM6,399 (asal RM7,399)
Atau boleh dapatkan laptop gaming yang lebih mesra poket dengan Asus ROG siri-FX pada harga:
- FX503V-ME4118T – i7/GTX1060 + SSD = RM5,599 (asal RM5,799)
- FX503V-DE4339T – i7/GTX 1050 + SSD = RM4,099 (asal RM4,299)
- FX503V-DE4258T – i7/GTX 1050 = RM3,899 (asal RM3,999)
- FX503V-DDM175T – i5/GTX 1050 = RM3,399 (asal RM3,599)
Spesifikasi lanjut mengenai Asus ROG GL503/GL703 dan FX503, anda boleh layari laman Facebook Asus Malaysia. Jangan lupa untuk bawa pulang jam tangan G-Shock edisi terhad sementara stok masih ada