
Beberapa hari yang lalu Sony mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan secara rasmi PlayStation VR yang akan dijual di dalam pakej bundle pada harga USD 399 (RM 1616.37). Bundle tersebut hadir dengan beberapa peranti seperti PlayStation Camera, alat kawalan Move dan pelbagai lagi. Namun berdasarkan reaksi yang diterima dari pengguna, Sony terpaksa berbincang dan menilai semula kandungan pakej tersebut. Rata-rata pengguna mahukan peranti VR sahaja kerana mereka sudah memiliki peranti kamera dan alat kawalan Move yang digunakan bersama PlayStation 4.
Dan kini Sony telah mengumumkan versi bundle yang muktamad, ianya dijual pada harga yang sama pada namun terdapat perubahan di dalam kandungan pakej. Tiada lagi PlayStation Camera di dalam pek bundle dan bagi mereka yang bercadang melakukan pre-order pek ini anda bakal menerima tambahan unit pemproses. Bagi anda yang masih ingin mendapatkan PlayStation Camera, anda masih boleh mendapatkannya secara berasingan pada harga US$49-US$59 (RM199-RM240).

