
Khabar angin mengatakan vivo V17 Pro yang hadir dengan 6 kamera akan membekalkan 32MP Dual Pop-Up kamera swafoto dan 48MP Quad kamera, berita ini kini mendapat pengesahan dari pihak vivo Malaysia.
[ Vivo Mengacah Kehadiran Vivo V17 Pro – Bakal Tampil Dengan 6 Kamera!!! ]
Menurutnya, V17 Pro akan dilengkapi 48MP Ultra-Clear lensa dengan aperture f/1.8, susulan 8MP (f/2.2) 120̊ Super Wide-Angle, 2MP bokeh kamera dan 2MP Super Macro kamera.
Sementara untuk kamera swafoto pula, ia didatangkan sekali dengan 32MP Wide-Angle kamera dan 2MP bokeh kamera, yang mampu memberikan hasil gambar swafoto pada tahap yang lebih baik.
Bagi spesifikasi yang lain masih tidak diketahui lagi, kita nantikan pelancaran rasmi di pasaran tempatan pada 1 Oktober ini.

